Ahmad Samsuri lepas jawatan Bendahari Agung PN

Ahmad Samsuri lepas jawatan Bendahari Agung PN

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan melepaskan jawatan Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) semalam.

Memetik laporan portal Harakahdaily, pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan Pas Pusat.

Dalam kenyataan berkenaan, Menteri Besar Terengganu itu berkata, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada pihak pengurusan PN.

“Assalamualaikum kepada semua sahabat, saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya, Ahmad Samsuri bin Mokhtar sud menghantar surat peletakan jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada hari ini, Rabu, 11 Disember 2024. Sekian, harap maklum,” katanya dalam mesej ringkas kepada portal terbabit.

Tindakan Ahmad Samsuri itu disifatkan sebagai mengejutkan memandangkan beliau dilihat antara tonggak utama Pas yang merupakan antara parti komponen dalam PN.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengurusan PN berhubung perkara terbabit dan ia dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

Punca peletakan jawatan itu juga masih belum didedahkan secara rasmi oleh Ahmad Samsuri atau mana-mana pihak berkepentingan dalam PN.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya