Ahli perniagaan rugi RM210,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud

Ahli perniagaan rugi RM210,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang ahli perniagaan di daerah ini  menanggung kerugian lebih RM210,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian sejak bulan lalu. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, lelaki berusia 31 tahun itu mendakwa telah menyertai satu skim pelaburan di dalam satu aplikasi yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan. 

“Mangsa yang tertarik dengan skim itu membuat 13 transaksi ke 11 akaun. Transaksi itu dilakukan mangsa bermula 4 November lalu hingga transaksi terakhir pada 10 Disember lalu sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM210,976.50,” katanya semalam. 

Wan Muhamad berkata, mangsa yang menyedari tertipu dengan skim itu selepas tidak menerima sebarang pulangan yang dijanjikan tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya