Adam Lee masuk hospital, tulang leher patah - Utusan Malaysia

Adam Lee masuk hospital, tulang leher patah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Adam Lee kini dirawat di sebuah pusat perubatan selepas mengalami kecederaan pada bahagian leher.

Adam atau nama lengkapnya, Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, 30, memaklumkan tulang lehernya patah namun tidak menyatakan butiran terperinci mengenai punca kecederaan tersebut.

“Tulang leher patah pula. Tidak apa, semoga tahun 2025 akan lebih baik daripada tahun ini. Semoga diri ini diberikan kesembuhan yang cepat.

“Ingat pesan ibu, saya kuat dan saya kena kuat. Alhamdulillah, untuk semua ini,” tulisnya dalam sebuah perkongsian di Instagram.

Dalam perkongsian sama, suami kepada pelakon, Sweet Qismina itu turut memuat naik foto imbasan x-ray yang memaparkan bahagian leher yang mengalami kecederaan.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah dihujani dengan doa agar pelakon Filem Babah itu diberikan kesembuhan dengan segera daripada rakan artis dan peminat.

“Allahu Akbar, semoga baik-baik saja untukmu,” komen Nazim Othman.

“Semoga cepat sembuh, Adam,” komen Uyaina Arshad.

“Moga lekas sembuh,” komen Syafie Naswip.

Adam juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih dan menafikan kecederaan itu adalah sebahagian daripada babak lakonannya.

“Alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan. Semoga kita semua dilindungi Allah S.W.T. Doakan saya cepat sembuh ya. Ini bukan lakonan, ini kejadian sebenar,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya