KUALA LUMPUR: “Doakan yang baik-baik.”
Demikian respons penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai mengenai status hubungannya dengan pelakon, Zul Ariffin.
Katanya, dia hanya menyerahkan soal berkahwin, tidak kiralah dengan siapa sekalipun, kepada ketentuan Tuhan.
“Banyak kali saya diajukan soalan ini, jawapan saya tetap sama.
“Kalau ada jodoh, ada. Kalau tiada, tak ada,” katanya berseloroh.
Dalam masa yang sama, Gayatri juga menolak persepsi yang kononnya perbezaan agama menjadi penghalang untuk dia dan zul disatukan sebagai suami isteri.
“Isu itu tidak timbul sama sekali. Bahkan saya lebih faham kerana saya juga dibesarkan dalam keluarga berlainan bangsa.
“Begitu juga agama, saya tahu seseorang itu kena peluk Islam sebelum berkahwin dengan seorang Muslim.
“Apa pun isu perbezaan bangsa itu tidak timbul, ada jodoh, ada,” katanya. – UTUSAN