Abang Adik tidak lolos senarai pendek, Thailand wakil Asia ke Oscar - Utusan Malaysia

Abang Adik tidak lolos senarai pendek, Thailand wakil Asia ke Oscar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Filem Abang Adik gagal membolosi senarai pendek kategori Filem Cereka Antarabangsa, Anugerah Akademi Ke-97 (Oscar) yang diumumkan pada Rabu.

Daripada senarai tersebut, Thailand menjadi satu-satunya negara Asia yang berjaya membolosi carta 15 terbaik menerusi filem How to Make Millions Before Grandma Dies (HTMMBGD).

Filem Abang Adik yang pernah memenangi kategori Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024, Los Angeles, Amerika Syarikat tidak dapat menyaingi HTMMBGD yang belum pernah ditayangkan di lima festival filem besar dunia seperti Venice, Cannes, Berlin, Toronto, dan Sundance.

Bagaimanapun, juri The Academy telah memilih senarai pendek filem yang bakal bersaing di kategori Filem Cereka Antarabangsa iaitu I’m Still Here (Brazil), Universal Language (Kanada), Waves (Republik Czech), The Girl With the Needle (Denmark), Emilia Pérez (France).

Turut sama tersenarai ialah The Seed of the Sacred Fig (Jerman), Touch (Iceland), Kneecap (Ireland), Vermiglio (Itali), Flow (Latvia), Armand (Norway), From Ground Zero (Palestin), Dahomey (Senegal), How to Make Millions Before Grandma Dies (Thailand) dan Santosh (United Kingdom).

Keputusan akhir pemenang Anugerah Oscar bakal diumumkan pada 2 Mac 2025 di Dolby Theater, Ovation Hollywood, Los Angeles.

Majlis bakal dikendalikan pelawak, Conan O’Brien sebagai pengacara menggantikan Jimmy Kimmel selepas dua tahun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya