9,000 anggota polis ditempatkan di kuarters milik KPM

9,000 anggota polis ditempatkan di kuarters milik KPM

SAIFUDDIN Nasution Ismail - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 9,000 anggota polis yang masih tidak mendapat kemudahan kediaman kerajaan akan ditempatkan di kuarters milik Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan KPM berhubung perkara itu dan berharap ia dapat direalisasikan pada suku pertama tahun depan.

“Saya difahamkan KPM ada 17,000 kuarters guru yang kosong dan tidak didiami, manakala di pihak polis pula, ada lebih kurang 9,000 anggota masih tak cukup kuarters.

“Kita akan bincang dengan KPM, boleh atau tidak lebihan kuarters yang tak diduduki itu didiami anggota polis,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi jawapan bertulis di Parlimen memaklumkan, KPM menawarkan kepada agensi kerajaan lain untuk menduduki kuarters guru yang tidak berpenghuni untuk dimanfaatkan semula kemudahan itu.

Beliau dilapor berkata, antara langkah dilakukan pihaknya, adalah di kuarters rumah guru bertingkat di Sekolah Kebangsaan (SK) Utan Aji dekat Kangar, Perlis yang tidak berpenghuni.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pihaknya sedia mencari peruntukan bagi menampung kos membaik pulih kuarters terbabit supaya ia sesuai didiami oleh anggota polis serta keluarga mereka.

“(Soal) duit kita akan cuba cari tapi selesai masalah (isu polis tak cukup kuarters), bermaksud besar kesannya kepada seorang konstabel polis, lans korporal atau sarjan kalau ada (kuarters ini), sangat besar kesannya kepada mereka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya