75 peratus agihan kerusi PH Sabah selesai

75 peratus agihan kerusi PH Sabah selesai

PETO Galim semasa dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat MPN PKR Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Proses rundingan kerusi antara empat komponen parti dalam Pakatan Harapan (PH) Sabah hampir selesai dengan 75 peratus agihan kerusi sudah dilakukan.

Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya PKR Sabah, Datuk Peto Galim berkata, biarpun PH Sabah ingin menyelesaikan agihan kerusi itu pada bulan ini, namun, mungkin akan berlaku sedikit kelewatan kerana masing-masing sibuk dengan program-program sempena musim perayaan.

“Rundingan itu dijangka selesai selewat-lewatnya awal Januari tapi, di peringkat PH setakat ini tidak ada masalah. Kita dalam berunding dengan suasana yang harmoni, tidak ada gaduh-gaduh, setakat ini semua berjalan lancar,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat MPN PKR Sabah, hari ini.

Menurut beliau, agihan 25 peratus kerusi yang berada di kawasan yang menjadi ‘kerusi panas’ masih belum dimuktamadkan kerana berlaku pertindihan antara kesemua parti dalam PH iaitu PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Peto yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah berkata, kawasan yang menjadi kerusi panas menjadi perebutan kerana semua berminat untuk meletak calon. Jadi, berlaku pertindihan di situ.

Maka, sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, kesemua parti akan mendapatkan pandangan daripada Presiden parti masing-masing bagi mengelakkan berlaku persengketaan.

“Saya melihat PH Sabah yang paling awal menyelesaikan rundingan kerusi. Saya tidak tahu jika parti lain sudah mula berunding kerana saya tidak nampak ada perundingan dilakukan,” katanya.

Mengulas tentang kerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), PH Sabah belum membuat sebarang keputusan kerana masih melihat tawaran-tawaran yang bersesuaian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya