6,417 pegawai perubatan letak jawatan sejak 2019-2023

6,417 pegawai perubatan letak jawatan sejak 2019-2023

DZULKEFLY Ahmad - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 6,417 orang pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak meletakkan jawatan sejak 2019 hingga 2023.

Antara punca pegawai perubatan berkenaan meletakkan jawatan kerana memperoleh tawaran bekerja sebagai pensyarah di universiti awam (UA) di samping disebabkan masalah peribadi, isu kompetensi dan masalah kesihatan.

 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata, KKM turut merekodkan seramai 1,046 pakar perubatan memilih untuk meninggalkan perkhidmatan awam dalam tempoh sama dan 63 pakar perubatan lain pula memilih untuk bersara pilihan.

“Terdapat juga peletakan jawatan yang perlu dibuat oleh pegawai selaras dengan peraturan mengenai perkhidmatan yang berkuat kuasa bagi tujuan pegawai lantikan kontrak dipendekkan tempoh kontrak sedia ada, dilantik semula secara tetap dan bertujuan memudahcara proses pembayaran ganjaran kontrak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Senator Dr. RA Lingeshwaran yang meminta penjelasan daripada Menteri Kesihatan berhubung jumlah pegawai perubatan tetap dan kontrak yang meletak jawatan atau bersara pilihan dari KKM, dalam tempoh lima tahun terakhir.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan, daripada 6,417 pegawai perubatan yang meletak jawatan, 2,385 orang adalah mereka yang berjawatan tetap, manakala baki 4,032 orang adalah lantikan kontrak.

Beliau berkata, jumlah peletakan jawatan itu tidak termasuk 1,086 pegawai perubatan kontrak yang meletak jawatan kerana memendekkan perkhidmatan kontrak sedia ada, bagi tujuan menerima tawaran pelantikan tetap dan diproses ganjaran kontrak.

Mengenai jumlah petugas kesihatan yang masih berkhidmat di Kementerian Kesihatan, Dr. Dzulkefly berkata, terdapat seramai 298,853 orang setakat 30 Jun lalu yang meliputi 266,133 petugas kesihatan lantikan tetap dan sebanyak 32,720 lagi adalah petugas kesihatan lantikan kontrak.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,638 orang adalah pakar perubatan, manakala 44,155 adalah pegawai perubatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya