6,000 sertai Navy Run

6,000 sertai Navy Run

SEBAHAGIAN peserta yang menyertai larian Navy Run semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 6,000 orang menyertai program larian dan riadah Navy Run 24 anjuran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam.

Navy Run 24 yang berlangsung di Dataran DBKL sempena program KL Car Free Morning itu merupakan edisi kedua dianjurkan sejak tahun lepas.

Program itu menyaksikan penglibatan warga The Navy People, anggota ATM, veteran, selebriti dan komuniti sekitar ibu kota.

Acara dimulakan dengan pelepasan peserta bagi larian sejauh 7 kilometer yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman.

“Program ini bukan sahaja sebagai platform mempromosi hidup sihat, tetapi juga melambangkan komitmen TLDM dalam mengukuhkan hubungan dengan masyarakat.

“Program ini juga bertujuan sebagai menghargai sumbangan rakan strategik yang sentiasa menyokong pembangunan sukan TLDM,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut.

Turut hadir, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain dan Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya