6 Januari 2025 Hari Kelepasan Am di Johor

6 Januari 2025 Hari Kelepasan Am di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri bersetuju memberikan satu hari cuti umum sempena penyelarasan semula cuti hujung minggu di Johor kerana minggu akhir tahun 2024 dan minggu pertama 2025 jatuh pada minggu sama.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara tersebut telah dipersetujui melalui satu mesyuarat, Selasa lalu.

“Jawatankuasa juga selanjutnya bersetuju dengan cadangan diberikan satu Hari Kelepasan Am sempena cuti peralihan minggu akhir Tahun 2024 dan minggu pertama Tahun 2025.

“Cadangan diberikan satu Hari Kelepasan Am sempena cuti transisi kerana peralihan minggu akhir tahun ini menyebabkan jumlah hari bekerja pada minggu tersebut adalah enam  hari termasuk Jumaat. 

“Oleh yang demikian, dicadangkan agar cuti hari kelepasan Am pada hari Isnin iaitu 6 Januari 2025 untuk menyeimbangkan semula bilangan hari bekerja pada minggu tersebut,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, pemberian cuti itu sebagaimana Seksyen 9(1); Hari Kelepasan Am Negeri Dan Wilayah Persekutuan merujuk Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Pada 7 Oktober lalu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah agar cuti hujung minggu negeri ini ditukar kembali kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari depan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya