573 kes scammer, kerugian RM50 juta di Kuala Terengganu

573 kes scammer, kerugian RM50 juta di Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu merekodkan sebanyak 573 kes berkaitan penipuan scammer sepanjang tahun ini melibatkan kerugian sebanyak RM50 juta.

Jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 1.2 peratus berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 580 kes dengan kerugian kira-kira RM100 juta.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, berdasarkan rekod,  kes penipuan scammer tertinggi melibatkan e-dagang iaitu sebanyak 120 kes.

“Penipuan telefon pula mencatatkan sebanyak 113 kes diikuti pelaburan tidak wujud (94 kes). Kes penipuan lain termasuk pinjaman tidak wujud iaitu 63 kes, love scam/parcel scam (14 kes), pinjaman wang tidak berlesen (enam kes), lain-lain jenayah komersil (66 kes) dan lain-lain kes tipu (96 kes),” katanya hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

“Elak terpedaya sebarang pelaburan yang menawarkan keuntungan terlalu lumayan kerana itu hanya umpan untuk menjerat mangsa,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya