5,642 individu dikompaun bernilai RM1.3 juta, merokok di lokasi terbuka

5,642 individu dikompaun bernilai RM1.3 juta, merokok di lokasi terbuka

DZULKEFLY Ahmad menunjukkan poster penguatkuasaan terhadap larangan merokok dan vape di premis makanan pada program pelancaran Jom Lapor di PutrajayA. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 5,642 individu dikompaun Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara kerana kesalahan merokok secara terbuka di lokasi yang dilarang.

Perkara itu didedahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dengan menyifatkan kompuan itu dibuat sejak penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang bermula 1 Oktober lepas.

“Setakat 17 Disember lalu, kita sudah pun mengeluarkan kompaun bernilai RM1,370,500 yang melibatkan tiga seksyen di bawah Akta 852 itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan laman sesawang JomLapor yang dibangunkan oleh KKM di sini hari ini.

Platform atas talian itu direka mesra pengguna serta menjadi pelengkap pelaporan selain menerusi mesej WhatsApp dan laman Sistem Pengurusan Aduan Awam yang sedia ada.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, sehingga kelmarin sejumlah 1,316 ‘hotspot’ untuk kes kesalahan merokok dikenal pasti dengan Selangor paling tinggi dengan 506 lokasi diikuti, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan merekodkan 212 lokasi, manakala Johor pula 188 dan Pulau Pinang 117 lokasi.

“Sementara itu, bilangan aduan menerusi WhatsApp mencatatkan 13,763 setakat akhir bulan lalu, naik berbanding 12,224 sepanjang tahun lepas dan 7,271 pada 2022,” katanya.

Jelasnya, tindakan penguatkuasaan menyaksikan peningkatan drastik tahun ini bagi tempoh sampai hujung bulan lalu dengan merekodkan 12,153 daripada 9,586 pada 2023.

“Sejak Akta 852 dikuatkuasakan bermula pada 1 Oktober lalu, KKM sudah melawat sebanyak 94,587 premis di seluruh negara melalui 5,260 operasi penguatkuasaan sepanjang tempoh itu dengan 2,851 produk rokok berjaya disita yang bernilai RM43,348,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya