5,377 calon SPM 2024 terjejas banjir di tiga negeri

5,377 calon SPM 2024 terjejas banjir di tiga negeri

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan seramai 5,377 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Kelantan, Terengganu dan Kedah terjejas akibat banjir kali ini.

Bagaimanapun, Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kesemua calon itu sudah pun ditempatkan di asrama sekolah dan pusat peperiksaan alternatif sejak semalam.

Beliau berkata, calon paling ramai terjejas ialah di Kelantan dengan 3,111 orang, Terengganu (1,734 orang) dan Kedah (532 orang).

“Calon terjejas banjir sedang dan telah digerakkan ke asrama atau pusat peperiksaan alternatif. Ini untuk memastikan calon dapat keselesaan dan menduduki peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Selain itu, keperluan tambahan asrama untuk penyediaan makanan akan disalurkan segera oleh KPM dan kualiti penyediaan makanan
dititikberatkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, setakat hari ini, pemindahan calon-calon yang terkesan dengan banjir sedang dilaksanakan oleh semua peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Fadhlina berkata, pihaknya juga meminta calon persendirian SPM supaya menghubungi JPN bagi memastikan mereka tidak tercicir.

Menurutnya, calon persendirian boleh hadir terus ke pusat peperikasaan alternatif.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, pentaksir dan petugas SPM 2024 yang terjejas dengan banjir juga telah digantikan dengan petugas baharu.

“Jadi tidak timbul soal mereka tak dapat hadir ke tempat bertugas sebaliknya kita terus laksanakan gantian dengan petugas dan pentaksir yang baharu,” katanya.

Katanya, bagi pembelajaran yg disediakan di asrama dan pusat alternatif pula, pihaknya telah sediakan semua buku teks dan akses kepada makmal komputer.

“Kami baharu sahaja selesai sesi libat urus dengan JPN di negeri terjejas dan kita mahu semua keperluan itu diselesakan segera,” katanya.

Selain itu, Fadhlina juga menjelaskan tiada pusat peperiksaan yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekali gus mengelak gangguan ketika peperiksaan berlangsung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya