KUALA TERENGGANU : Seramai 4,904 mangsa banjir dipindahkan ke 27 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini setakat pukul 4 petang ini.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, Kemaman merekodkan mangsa tertinggi iaitu 4,608 orang daripada 1,114 keluarga di 20 PPS di daerah itu.
“Di Dungun pula, sebanyak tujuh PPS dibuka yang menempatkan 296 mangsa daripada 67 keluarga petang ini,” katanya..
Jabatan Pengairan dan Saliran pula melaporkan sebatang sungai melepasi paras bahaya setakat pukul 4 petang ini iaitu Sungai Tebak di Kemaman manakala beberapa sungai utama lain telah melimpah berbanding paras amaran. – UTUSAN