466 saman dikeluar op bersepadu khas di ibu negara

466 saman dikeluar op bersepadu khas di ibu negara

ANGGOTA polis trafik Kuala Lumpur melaksanakan pemeriksaan terhadap kenderaan yang menghalang lalu lintas di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. - GAMBAR IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 466 saman dikeluarkan pelbagai penguat kuasa dalam Operasi Bersepadu Khas Tindakan Halangan Sekitar Jalan Bukit Bintang dan Operasi Motosikal di ibu negara bermula semalam hingga awal pagi tadi.

Operasi bersepadu bermula 9 malam hingga 12.30 tengah malam itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Dang Wangi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato Azry Akmar Ayob berkata, operasi itu melibatkan kekuatan seramai 11 pegawai dan 82 anggota dari semua agensi terlibat.

Katanya, lokasi ditumpukan untuk operasi tersebut di Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi, Jalan Ceylon, Jalan Changkat, Jalan Berangan, Jalan Walter Granier dan Jalan Tengkat Tungshin.

“Hasil operasi ini, sebanyak 466 saman dikeluarkan membabitkan 319 saman PDRM , DBKL (92) dan JPJ (55). Selain itu sebanyak 15 kenderaan ditunda oleh PDRM dan DBKL.

“Tujuan utama operasi ini adalah menguatkuasakan undang-undang jalan raya terhadap pengguna jalan raya yang membuat halangan dan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya sehingga mengganggu pergerakan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas motosikal juga dilaksanakan ke atas motosikal yang diubah suai dan tidak sepatutnya berada di atas jalan raya.

Jelas beliau, tindakan saman telah diambil terhadap pengguna motosikal yang melakukan kesalahan mengubah suai kenderaan mereka.

“Operasi ini juga memfokuskan kepada kelancaran pergerakan kenderaan di persekitaran Bukit Bintang.

“Operasi bersepadu di persekitaran Bukit Bintang ini akan diteruskan pada setiap minggu bagi memastikan pemandu dan penunggang sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Balai Polis Trafik di talian 03 – 2026 0267/692 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya