39 tahun derita tiada saluran kencing

39 tahun derita tiada saluran kencing

MOHD. Hafiz Suhaimi menunjukkan tapak saluran darah untuk rawatan hemodialisis yang sudah penuh di lengan kanannya. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Sejak dilahirkan 39 tahun lalu, Mohd. Hafiz Suhaimi  dari Kampung Bolok Hulu Lanchang, di sini menghidap penyakit jarang ditemukan iaitu tiada saluran kencing dan alat kelamin lelaki.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, dia turut menghidap sakit buah pinggang kronik dan perlu menjalani rawatan hemodialisis tiga kali seminggu.

Malah, semasa usia kanak-kanak, Mohd. Hafiz melalui dugaan besar apabila dikesan batu karang di bahagian pundi kencing dan menjalani rawatan lebih tiga bulan di Unit Urologi Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bapanya, Suhaimi Abd. Rashid, 65, berkata, berikutan penyakit dialami anaknya yang dilahirkan pada 5 Disember 1985 itu, doktor membuat saluran alternatif kencing sejak Mohd. Hafiz masih bayi  untuk membolehkannya membuang air kecil.

“Namun penderitaan Mohd. Hafiz tidak terhenti di situ kerana pada 2013, dia disahkan pula menghidap penyakit buah pinggang kronik dan perlu menjalani rawatan hemodialisis di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

“Sejak itu, hospital menjadi rumah keduanya berulang-alik sejauh 30 kilometer dari rumah di Lanchang kerana dia perlu menjalani hemodialisis tiga kali seminggu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya, semalam.

Sementara itu, Mohd. Hafiz berkata, dia bercadang membuat tapak saluran darah baharu untuk rawatan hemodialisis di sebelah tangan kirinya tetapi memerlukan kos kira-kira RM5,000 di sebuah klinik swasta di Johor.

“Kehidupan saya kini bagaikan antara hidup dengan mati kerana Allah SWT mendatangkan dugaan berat ini. Namun hidup perlu diteruskan. Saya bersyukur Allah masih sayangkan saya untuk melihat keindahan alam ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Suhaimi di talian 0189079120.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya