323 menara pemancar telekomunikasi terjejas banjir

323 menara pemancar telekomunikasi terjejas banjir

FAHMI Fadzil (dua, kanan) beramah mesra bersama pelajar yang menerima Bantuan Prihatin Pelajar UniSZA pada Program Jelajah Hawana 2024 di Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Sebanyak 323 menara pemancar telekomunikasi terjejas dalam kejadian banjir di seluruh negara dari 30 November lalu hingga hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 264 menara pemancar telekomunikasi tersebut terletak di Kelantan, 49 di Terengganu dan sembilan di Pahang serta satu di Johor.

Bagaimanapun, menurutnya, sebanyak 318 menara pemancar telekomunikasi itu kembali pulih dan beroperasi semula.

“Saya cuba dapatkan angka yang terkini dan setakat semalam terdapat 323 menara pemancar telekomunikasi dikesan terjejas akibat banjir,” katanya ketika ditemui pada Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 Bersama Siswa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan bantuan prihatin kepada pelajar UniSZA yang terjejas banjir.

Fahmi memberitahu, sebanyak 97  Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) di seluruh negara juga dikesan terjejas akibat banjir.

“Namun, sebanyak 88 Nadi yang terjejas banjir itu telah kembali beroperasi dan sembilan masih belum beroperasi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, setakat ini, kementeriannya tidak menerima laporan berkaitan berita palsu mengenai banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.

Katanya, kebiasaannya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memadamkan kandungan berita palsu atau tidak tepat secara automatik.

“Kita risau dengan ledakan informasi dan maklumat dalam media sosial (dan) pengguna  media sosial mungkin terlalu mudah untuk mempercayai sebarang maklumat yang disampaikan kepada mereka,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya