3 kakitangan Puspakom diambil keterangan, lulus pemeriksaan kenderaan tidak tepati piawaian

3 kakitangan Puspakom diambil keterangan, lulus pemeriksaan kenderaan tidak tepati piawaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengambil keterangan tiga kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi membantu siasatan berhubung kelulusan pemeriksaan kenderaan tidak menepati piawaian ditetapkan.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, kesemua mereka terdiri daripada tiga pegawai iaitu dua daripada Puspakom Wangsa Maju dan seorang merupakan Pengurus Wilayah Tengah.

Katanya, kesemua mereka tiba di Ibu Pejabat JPJ kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

“Ya betul. JPJ telah panggil dan sedang ambil kenyataan daripada kakitangan Puspakom berkenaan.

“Kesemua mereka dipanggil JPJ dan telah diarahkan oleh pengurusan Puspakom untuk hadir memberi keterangan,” katanya hari ini.

Semalam media melaporkan, JPJ melaksanakan pemeriksaan mengejut melibatkan 25 premis Puspakom di seluruh negara.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 29 kenderaan dikenakan tindakan penguatkuasaan manakala 69 notis telah dikeluarkan membabitkan kesalahan antaranya penggunaan tayar celup dan lain-lain.

Muhammad Kifli berkata, siasatan dilakukan oleh pihaknya melibatkan tiga elemen iaitu penguatkuasaan, teknikal dan integriti.

“Hasil siasatan nanti kita akan lihat ia menjurus kepada apa. Sekiranya ada kelemahan prosedur operasi standard (SOP) kita akan buat penambahbaikan.

“Jika perlu penambahbaikan kita akan bawa kepada Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) dan menteri akan umum langkah yang akan dilaksanakan oleh pihak Puspakom,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya