29 individu ditahan dalam serbuan aktiviti judi di kedai snuker

29 individu ditahan dalam serbuan aktiviti judi di kedai snuker

SERBUAN Op Mega Dadu berjaya menahan 29 individu berusia lingkungan 29 hingga 67 tahun termasuk tiga wanita serta tujuh warga asing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur aktiviti perjudian dalam talian dan ekor yang berselindung di pusat snuker di ibu negara dengan menahan 29 individu yang terlibat dengan kegiatan tersebut, Sabtu lalu.

Serbuan Op Mega Dadu bermula pukul 2 petang itu dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, sebanyak 21 serbuan berjaya dilaksanakan di pelbagai premis di sekitar ibu negara.

Katanya, polis telah menahan 29 individu berusia lingkungan 29 hingga 67 tahun termasuk tiga wanita serta tujuh warga asing.

“Siasatan mendapati kesemua mereka dipercayai berperanan sebagai ejen, penjaga premis serta pemain.

“Dalam serbuan itu, pihak polis telah merampas pelbagai barang antaranya 31 unit telefon bimbit, 20 unit tab, sembilan modem serta wang tunai RM2,378,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, modus operandi kegiatan ini ialah menyasarkan pelanggan tetap serta warga asing untuk masuk ke dalam premis.

Jelas Rusdi, premis merupakan kedai snuker dan kedai yang disewa di tingkat atas bagi mengaburi serta menyukarkan pihak berkuasa menghidu kegiatan perjudian.

“Kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya