288,000 daftar caruman melebihi 11 peratus

288,000 daftar caruman melebihi 11 peratus

LIM Hui Ying - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: 288,000 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, pencarum juga boleh mencarum pada bila-bila masa secara sukarela untuk menambah simpanan, tertakluk kepada had tahunan sebanyak RM100,000 setahun mulai 1 Jun 2023.

Beliau berkata, setakat ini, seramai sejuta pencarum KWSP telah membuat caruman sukarela setakat 31 Oktober lalu yang berjumlah RM11.16 billion.

“Caruman sukarela ini boleh dibuat pada bila-bila masa melalui aplikasi mudah alih, perbankan internet, ejen kaunter bank serta kaunter KWSP,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Roderick Wong Siew Lead mengenai inisiatif-inisiatif diambil KWSP bagi bagi membantu pencarum meningkatkan caruman persaraan mereka.

Menurut beliau, kerajaan menerusi program i-Saraan telah memberi caruman padanan sehingga RM500 setahun yang tertakluk kepada had maksimum RM5,000 seumur hidup bagi seorang individu.

Bagi golongan muda, katanya, KWSP membenarkan individu berdaftar dan mencarum secara sukarela seawal usia 14 tahun bagi menggalakkan golongan itu membuat simpanan awal selain memupuk kesedaran kepentingan simpanan jangka panjang serta memanfaatkan gandaan dividen.

“Kerajaan turut memberikan insentif caruman padanan 50 peratus bagi setiap ringgit yang dicarumkan ke dalam skim KWSP oleh suri rumah di bawah umur 55 tahun yang berdaftar dengan pangkalan data eKasih,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada 13.1 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun, memilih untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel KWSP (Akaun 3) dengan jumlah perpindahan simpanan sebanyak RM14.5 bilion.

Setakat 27 November 2024, ahli yang membuat pengeluaran melalui Akaun 3 mencecah empat juta orang atau 30.5 peratus daripada keseluruhan ahli di bawah umur 55 tahun dengan  jumlah pengeluaran RM11.6 bilion.

Jumlah baki simpanan keseluruhan Akaun 3 pula adalah sebanyak RM7.4 bilion setakat November 2024, kata Lim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya