2,634 tapak pelupusan sampah haram ditutup tahun ini

2,634 tapak pelupusan sampah haram ditutup tahun ini

NGA Kor Ming (lima dari kiri) diberikan taklimat mengenai tapak pelupusan sampah haram yang telah pun dibersihkan dan ditutup di Labu, Nilai, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 2,634 lokasi tapak pelupusan sampah haram telah ditutup sepanjang tahun ini dengan anggaran jumlah sisa yang dibersihkan adalah sebanyak 1,500 tan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pembasmian besar-besaran tapak sampah haram itu dilaksanakan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di tujuh buah negeri yang mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

“Pihak kementerian memandang serius isu berkaitan pengurusan sisa pepejal di bawah fungsi SWCorp di mana pelaksanaan operasi berterusan di tapak pelupusan sampah haram merupakan antara inisiatif utama kementerian
pada tahun ini.

“Setakat hari ini, sebanyak 28 kes pendakwaan telah berjaya disabitkan kesalahan oleh mahkamah dengan jumlah denda sebanyak RM490,000. Dalam usaha membanteras dan menangkap pelaku sampah haram, penguat kuasa SWCorp juga telah melakukan sebanyak 4,134 kali intipan sepanjang tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Operasi Pembasmian dan Penutupan Tapak Sampah Haram 2024 di Labu, Nilai di sini.

Penutupan tapak pelupusan sampah haram Ke-2,634 pada hari ini itu melibatkan seramai 50 orang petugas dengan jumlah sisa pukal dan sisa binaan yang berjaya dibersihkan adalah sebanyak 180 tan.

Kor Ming dalam pada itu menambah, pelbagai usaha akan giat dijalankan oleh pihak kementerian sebagai langkah membanteras kewujudan tapak pelupusan sampah haram secara komprehensif.

Katanya, ia termasuklah menerusi pemasangan kamera litar tertutup di hotspot sampah haram bagi memantau dan membawa pesalah ke muka pengadilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya