261 calon SPM Terengganu berjaya duduki ujian lisan BM

261 calon SPM Terengganu berjaya duduki ujian lisan BM

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membawa pelajar menaiki trak berikutan laluan yang masih dinaiki air ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Awang Jabar, Merchang, Marang, Terengganu. - IHSAN ATM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Semua 261 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir di Terengganu telah berjaya menduduki ujian lisan Bahasa Melayu dengan sempurna semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong berkata, sebaik sahaja selesai menjalani ujian tersebut di pusat peperiksaan alternatif, mereka telah dihantar balik ke pusat pemindahan sementara (PPS) masing-masing.

“Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang dengan menggunakan kenderaan milik agensi kerajaan dan pasukan penyelamat.

“Sepanjang tinjauan saya ke beberapa sekolah di Kuala Nerus, Setiu dan Besut hari ini mendapati banyak kawasan mulai surut.

“Berikutan itu, ada antara calon SPM ini yang telah pulang ke rumah masing-masing namun mereka tetap perlu mengikut perancangan yang telah diatur pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan

Daerah (PPD) untuk kelancaran ke pusat peperiksaan alternatif yang disediakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua 1,155 calon SPM yang masih menumpang di asrama sekolah lain akan kekal di situ sehingga banjir surut sepenuhnya.

“Apabila kawasan sekolah mereka telah pulih dan selesai dibersihkan, barulah mereka akan dibenarkan pulang namun Ops Payung akan diaktifkan semula jika berlaku banjir gelombang kedua selepas ini,” katanya.

Setakat ini, terdapat 20 sekolah di enam daerah terjejas akibat banjir sama ada bangunan sekolah atau laluannya ditenggelami air.

“Saya dimaklumkan tidak berlaku gangguan kepada pelaksanaan projek-projek Persekutuan lain,” katanya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya