242 produk minuman diformulasi kurang gula

242 produk minuman diformulasi kurang gula

DZULKEFLY Ahmad semasa sesi Dewan Negara, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejumlah 242 produk minuman sudah diformulasi semula kepada kurang gula untuk dijual di Malaysia di bawah inisiatif Healthier Choice Logo (HCL) bagi mengurangkan kos operasi berikutan pelaksanaan cukai gula.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, data ini berdasarkan hasil Kajian Penilaian Impak dan Keberkesanan Pengenaan Cukai Terhadap Minuman Manis Bergula di Malaysia yang dijalankan pada tahun 2022.

“Pengeluar minuman manis bergula telah mengubah formulasi produk mereka kepada minuman kurang gula bagi mengelak membayar cukai tersebut,” katanya dalam sesi Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Susan Chemerai Anding mengenai hasil pelaksanaan cukai gula oleh kerajaan dan sama ada ia memberi kesan positif kepada kesihatan awam.

Dzulkefly berkata, kajian tahun ini turut mendapati pengenalan cukai 40 sen seliter telah meningkatkan harga pasaran bagi minuman bergula sebanyak 2.24 peratus berbanding 8.83 peratus jangkaan awal.

“Apa yang lebih menarik, pengambilan minuman bergula dilihat semakin berkurang dalam kalangan remaja, iaitu daripada 36.9 peratus kepada 16.4 peratus.

“Golongan muda dan berpendapatan rendah B40 merupakan pengguna tertinggi dan paling banyak berbelanja untuk minuman manis telah menerima impak positif,” katanya.

Dzulkefly berkata, hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2022: Tinjauan Kesihatan Remaja menunjukkan penurunan ketara pengambilan minuman berkarbonat sekurang-kurangnya sekali sehari, iaitu daripada 36.9 peratus pada 2019 kepada 32.4 peratus pada 2022.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan impak lebih positif khususnya dalam pengurangan pengambilan minuman bergula dalam masyarakat dengan kenaikan cukai kepada 90 sen setiap liter seperti diumumkan kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya