2024: Sarat kontroversi dunia K-Pop - Utusan Malaysia

2024: Sarat kontroversi dunia K-Pop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNIA hiburan K-Pop sepanjang tahun 2024 diwarnai dengan cerita panas dan kontroversi yang tular dan diperkatakan. Dari kes jenayah seksual, skandal percintaan sehinggalah konflik syarikat pengurusan artis yang menjadi sorotan dan hangat dibualkan di media sosial dan forum hiburan dalam talian. Berikut Pancaindera paparkan rangkuman cerita-cerita yang menggemparkan industri hiburan Korea Selatan sepanjang 2024.

HAECHAN DAN JOHNY

DUA anggota kumpulan NCT ini dihujani kritikan selepas kegiatan mereka dalam aktiviti seks secara berkumpulan didedahkan di media sosial. Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah akaun di platform X, yang mendedahkan beberapa keping gambar Haechan dan Johny melakukan aktiviti terkutuk itu bersama tiga wanita yang merupakan peminat mereka. Kelima-lima mereka didakwa menganjurkan parti seks di sebuah hotel di Seoul. Bukan setakat itu, dua selebriti itu turut dilaporkan terlibat dengan penyalahgunaan dadah ketika melakukan aktiviti itu.

TAEIL

BEKAS ahli NCT ini mengejutkan peminat selepas digugurkan daripada menganggotai kumpulan itu susulan dakwaan salah laku seksual membabitkannya seorang wanita yang identitinya dirahsiakan. Pengumuman tersebut dibuat pihak pengurusannya, SM Entertainment pada 28 Ogos lalu, dua bulan selepas Taeil mula disiasat polis mengenai dakwaan tersebut. SM entertainment dalam kenyataan turut memaklumkan kontrak penyanyi itu ditamatkan 15 Oktober lalu.

SAKURA

AHLI kumpulan LE SSERAFIM ini antara yang paling dihujani kritikan dan kecaman netizen gara-gara nyanyiannya ketika festival muzik Coachella di Amerika Syarikat, April lalu. Malah, seluruh anggota kumpulan tersebut ‘kepanasan’ apabila dibandingkan oleh netizen dengan kumpulan asal Malaysia, Dolla yang dikatakan jauh lebih hebat menyanyi secara live.

MIN HEE JIN

MIN Hee Jin pada April lepas menerima desakan agensi pengurusan artis, HYBE agar melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat rakaman ADOR susulan dakwaan salah guna kuasa membabitkannya. Hee Jin dilaporkan merancang untuk memisahkan ADOR daripada HYBE dan mengambil alih serta membentuk anak syarikat itu sebagai entiti persendirian. Rancangan tersebut bagaimanapun berjaya dipatahkan dengan pemecatan Hee Jin daripada jawatan berkenaan sebelum dia digantikan dengan pegawai berpengalaman, Ju Young Kim.

SUGA

PEMILIK nama sebenar Min Yoon- gi disiasat polis susulan kemalangan membabitkan skuter elektrik yang dinaikinya pada 6 Ogos lalu. Siasatan polis mendapati penyanyi tersebut berada di bawah pengaruh alkohol ketika menaiki kenderaan berkenaan. Suga bagaimanapun bernasib baik kerana kemalangan berkenaan tidak mencederakan orang awam. Polis mengesahkan siasatan terhadapnya telah ditamatkan dan Suga bakal didakwa di mahkamah ekoran salah laku tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya