20,000 pengunjung dijangka meriahkan KHUP 3

20,000 pengunjung dijangka meriahkan KHUP 3

MOHD Hisham(dua kanan) dalam sidang akhbar Majlis Pra Pelancaran KHUP 3 di Menara Kuala Lumpur, di sini hari ini. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 20,000 pengunjung dijangka memeriahkan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ke-3 (KHUP 3) yang akan berlangsung di Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC), Sepang. 

 

Karnival yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 3 hingga 5 Januari 2025 bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam. 

 

Ketua Jabatan Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Mohd Hisham Harun berkata, KHOP 3 merupakan usaha untuk mempromosikan pakej haji yang disediakan oleh 37 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH).

 

Kata beliau, karnival tersebut akan memberi pilihan kepada bakal-bakal haji yang terpilih menunaikan ibadah tersebut sama ada secara muassasah atau menerusi pakej PJH. 

 

“TH memberi ruang dan peluang bakal-bakal haji menilai kesemua pakej yang ditawarkan oleh 37 syarikat PJH yang berada di bawah satu bumbung dan membolehkan mereka membuat pilihan pakej mengikut kemampuan serta citarasa masing-masing. 

 

“Ia juga bagi membolehkan bakal haji untuk mendapatkan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah dan membuka peluang kepada agensi pelancongan iaitu PJH mengendalikan jemaah secara terkawal,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Pra Pelancaran KHUP 3 di Menara Kuala Lumpur, di sini hari ini. 

 

Mengulas lanjut, Mohd. Hisham berkata, harga pakej yang ditawarkan pada KHUP 3  bergantung kepada perkhidmatan dan pililihan bakal jemaah itu sendiri. 

 

“Untuk mereka yang memilih pakej harganya lebih tinggi, maka akan mendapat nilai tambah yang tinggi juga. Jadi, saya rasa pihak PJH akan cuba untuk memberi perkhidmatan yang baik,” katanya. 

 

Tambahnya, bakal jemaah haji disarankan untuk ke Tanah Suci menggunakan perkhidmatan PJH selain daripada TH. 

 

“Kalau kita lihat Seksyen 27 Akta Tabung Haji 1995, tidak ada orang yang boleh melaksana atau menguruskan haji kecuali TH dan yang dilesenkan iaitu PJH,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya