1MDB saman Amicorp, Knipping

1MDB saman Amicorp, Knipping

1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengemukakan tuntutan saman terhadap penyedia perkhidmatan korporat Amicorp Group.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya mengemukakan tuntutan saman terhadap penyedia perkhidmatan korporat Amicorp Group dan pengasas bersamanya, Toine Knipping.

Saman tersebut dikemukakan atas dakwaan memudahkan pengubahan wang dana diseleweng lebih AS$7 bilion (RM31.85 bilion).

Dalam tuntutan saman tersebut, Amicorp didakwa memainkan peranan penting melibatkan transaksi palsu pada 2009 hingga 2014, menyaksikan berlaku kecurian dana daripada 1MDB.

Jurucakap 1MDB dalam satu kenyataan berkata, Amicorp juga dituduh menyediakan akses kepada sistem kewangan global melalui anak syarikatnya, Amicorp Bank yang berdaftar di Barbados dengan membenarkan kitaran berulang aset dan penciptaan jejak kertas palsu bagi menutup dana dicuri.

Wang dicuri itu didakwa disalur menerusi jaringan global menjangkau Singapura, Barbados, Curacao, Hong Kong, dan British Virgin Islands (BVI).

“Kami mengambil tindakan menuntut keadilan bagi peranan yang kami dakwa Amicorp memudahkan pengubahan itu dan akhirnya melesapkan berbilion dolar dana yang dicuri,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Saman itu difailkan oleh Baker & Partners (BVI) Limited, Tom Smith KC of South Square Chambers, James Bailey of 7 King’s Bench Walk, dan Lim Chee Wee Partnership, bertindak sebagai peguam dalam koordinasi global mendapatkan semula aset 1MDB.

Saman itu, yang difailkan di British Virgin Islands (BVI) pada 20 Disember lalu.

Amicorp pertama kali terlibat dalam skandal 1MDB pada 2016 semasa perbicaraan jenayah Singapura berhubung urus niaga dana pelaburan negara itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya