180 premis Tabika Kemas di Kelantan terjejas banjir

180 premis Tabika Kemas di Kelantan terjejas banjir

WAN Norlee Wan Ismail (kanan) bergotong royong bersama Skuad Ihsan Madani di Tabika Kemas Teluk Jering, Tumpat, Kelantan.- UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Sebanyak 180 premis taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Kelantan terjejas akibat gelombang pertama banjir, baru-baru ini.

Pengarah Kemas negeri, Wan Norlee Wan Ismail berkata, jumlah tersebut melibatkan seluruh daerah kecuali Tabika Kemas di Gua Musang tidak terjejas banjir gelombang pertama.

Katanya, tabika di Tumpat, Pasir Mas dan Rantau Panjang merupakan antara yang paling teruk terjejas apabila ada beberapa premis tenggelam hampir mencecah bumbung.

“Kerja-kerja pembersihan dilakukan selepas banjir melibatkan 31 tabika di Tumpat agar ia boleh dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada minggu depan,” katanya ketika  ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Skuad Ihsan Madani Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Jering di sini hari ini.

Wan Norlee memberitahu, keadaan banjir yang berlaku di Kelantan baru-baru ini menjejaskan seramai 8,000 murid dan 400 kakitangan Kemas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya