180 penduduk Gua Musang terjejas gelombang kedua banjir

180 penduduk Gua Musang terjejas gelombang kedua banjir

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melakukan operasi menyelamat mangsa yang terputus hubungan di Felda Chiku 7, Gua Musang, Kelantan hari ini. -  IHSAN APM GUA MUSANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:Gelombang kedua banjir menyaksikan 180 penduduk di Gua Musang, dekat sini terjejas susulan hujan lebat berterusan sejak malam kelmarin.

Jurucakap InfoBencanaJKM berkata, setakat pukul 4 petang ini, kesemua mangsa dari 42 keluarga itu  berlindung di tiga buat pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, ia melibatkan PPS Dewan Semai Bakti Felda Chiku 7, Dewan Orang Ramai Batu 6 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi.

“Setakat ini jajahan Gua Musang yang terjejas dengan banjir,” katanya.

Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan Sungai Sokor di Tanah Merah sudah melepasi paras bahaya iaitu 25.22 meter. manakala Sungai Golok di Tanah Merah dan Rantau Panjang kembali ke tahap amaran.

Selain itu, Sungai Galas di Gua Musang, Sungai Lanas (Jeli) dan Sungai Kelantan (Tangga Krai) melepasi paras berjaga-jaga.

Sementara itu, Penghulu Tanpa Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Razali Mat Daud berkata, hujan berterusan sejak petang kelmarin menyebabkan air Sungai Chiku melimpah ke atas jalan dan rumah penduduk.

“Mangsa yang terlibat adalah keluarga yang tinggal di kawasan rendah sekitar Felda Chiku 7. Pada pukul 11 pagi semalam penduduk terjejas banjir mula berpindah ke PPS berikutan kediaman dan kawasan sekitar mula dinaiki air,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya