18 ahli sindiket judi didakwa, mengaku tak bersalah

18 ahli sindiket judi didakwa, mengaku tak bersalah

SEBAHAGIAN daripada 18 ahli sindiket judi dalam talian didalangi warga China didakwa di Mahkamah Majistret, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 18 ahli sindiket judi dalam talian didalangi warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan menyediakan aplikasi mesin judi yang menyalahi undang-undang.

Walau bagaimanapun, kesemua tertuduh, Liu Xiang Long, 34, Li Xinpo, 35, Li Yuncheng, 26, He Hui, 30, Chou Chia Chun, 40, Lu Zaitian, 42, Zhou Xin, 35, Wang Kun 39,  Yu Jiang, 37, Yang Kai, 34, Jin Zhe, 37, Chen Xiping, 36, Zhou Wei, 38,  Xie Jicheng, 39, Lian Wenjun, 32, Huang Longwang, 31, Xiang Chengwei, 33, dan Mo Huaixian, 37 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, mereka secara bersama-sama melakukan perbuatan menyalahi undang-undang dengan mengadakan aplikasi mesin judi di Jalan Forest City 1, Lebuhraya Tanjung Pelepas, Gelang Patah kira-kira pukul 12 tengah hari, 27 November lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Latif, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Nur Helmi A. Halim.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM5,000 setiap seorang dengan dua penjamin warga tempatan, selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis sebulan sekali.

Majistret menetapkan 9 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar memaklumkan, kesemua suspek ditahan dalam serbuan pada pukul 9 pagi, 27 Oktober lalu.

Polis  merampas 27 telefon bimbit, 18 komputer riba, 12 monitor komputer dan tiga unit modem daripada sindiket tersebut yang dipercayai mula beroperasi sejak sebulan lalu  dengan mempromosikan aplikasi judi dalam talian kepada pengguna dalam dan luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya