1,650 Penduduk RKT Kesedar Chalil terputus hubungan

1,650 Penduduk RKT Kesedar Chalil terputus hubungan, sungai melimpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seramai 1, 650 penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil terputus hubungan selepas jambatan yang menjadi nadi perhubungan mereka dilimpahi air banjir susulan hujan lebat sejak malam tadi.

Ketua Peneroka RKT Kesedar Chalil, Suhaimi Che Hamid berkata, keadaan itu menyebabkan penduduk sudah tidak dapat keluar ke bandar Gua Musang.

“Sejak semalam hujan berterusan dan pagi ini air melimpahi jambatan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Chalil,” katanya hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk, Husin Muhamad, 45, berkata, kejadian berkenaan mengakibatkan urusan harian tergendala termasuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Katanya, mereka terputus hubungan ekoran jambatan penghubung sepanjang kira-kira 60 meter tenggelam.

“Sehingga pukul 8 pagi ini laluan masih digenangi air dan pergerakan penduduk di sini terkandas. Ibu bapa tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah rendah dan menengah yang terletak di seberang jambatan.

“Paras sungai terus meningkat jika hujan masih tidak berhenti dan kami risau keadaan akan menjadi bertambah buruk,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN