16 ahli Geng Pacific Siva didakwa di bawah SOSMA

16 ahli Geng Pacific Siva didakwa di bawah SOSMA

SEBAHAGIAN daripada individu yang didakwa di bawah SOSMA tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seramai 16 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang iaitu Geng Pacific Siva, sejak lapan tahun lalu.

Tertuduh ialah M. Subramaniam,44; G. Tilagarajan, 36; M. Kesavan, 39; N. Sharvin, 26; T.S Ligen Kumar, 26; M. Dineswaren, 24; P. Kirubaagaran, 23; G. Meheshkumara, 27; M. Janagesh, 28; dan R. Logeswaaraaj, 30.

Turut didakwa K. Hendry ,44; M. Sivasangkaran,37; M. Partiben,29; S. Arunan,32; S. Denneswaran, 28 dan V. Alagis, 31.

Kesemua tertuduh mengangguk faham sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Nor Azah Kasran dan tiada pengakuan direkodkan kerana kes dibicarakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, 14 daripada tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun 2016 hingga 26 November 2024.

Sementara itu, dua lagi tertuduh iaitu Subramaniam dan Arunan didakwa terlibat antara Februari 2019 hingga 26 November 2024.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan dan Lina Hanini Ismail manakala 13 tertuduh diwakili peguam masing-masing.

Hakim menetapkan 7 Februari 2025 untuk melengkapkan dokumen bagi pemindahan prosiding ke Mahkamah Tinggi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya