SERAMAI 15 pelajar Kursus Pengurusan Kesukarelawanan bersama sembilan pelajar mobiliti Politeknik Kesejahteraan Sosial Bandung (Poltekesos) mengadakan Program Kesukarelawanan: Jagaan
Kasih Sahabat Sejati yang melibatkan 25 anak yatim dan asnaf Pertubuhan Jagaan Kasih (PJK).
Tujuan program adalah untuk memberi didikan Bahasa Inggeris dan Matematik serta selari dengan visi dan misi program iaitu meningkatkan kualiti dan pengetahuan akademik anak yatim PJK.
Pengarah Program, Faeiq Shauqy Kareem Semmard berkata, mereka telah menerima sumbangan dana, kit-kit peralatan belajar, alatan mainan serta makanan dan minuman.
“Oleh itu, program ini tujuannya amat jelas iaitu kami ingin memberikan pendedahan dan ilmu akademik yang berkualiti kepada anak-anak yatim dan asnaf selain memberikan kesedaran kepada
anak-anak bahawa ilmu adalah segalanya,” katanya. – UTUSAN