134 kelas prasekolah berjaya dibuka

134 kelas prasekolah berjaya dibuka

WONG Kah Woh - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mencatatkan pencapaian penting dengan membuka 134 kelas prasekolah baharu pada tahun 2024, melebihi sasaran awal sebanyak 129 kelas.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, perluasan ini merupakan langkah strategik untuk memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan awal yang berkualiti.

“Pencapaian ini menunjukkan komitmen Kementerian Pendidikan untuk memperluas pendidikan prasekolah di kawasan pedalaman dan luar bandar. 

“Kita mahu pastikan tiada kanak-kanak tercicir daripada peluang pendidikan awal,” katanya dalam Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa yang meminta beliau menyatakan sasaran memastikan tiada pelajar tercicir dalam pendidikan prasekolah.

Dalam pada itu, Kah Woh berkata, Kementerian Pendidikan turut  menekankan komitmen dengan melengkapkan semua kelas prasekolah dengan infrastruktur yang sesuai serta melantik guru-guru yang terlatih demi memastikan kualiti pendidikan terjaga.

“Semua kelas prasekolah dilengkapkan dengan infrastruktur yang sesuai, seperti bilik darjah yang selesa, alat bantu pengajaran moden, dan kemudahan lain yang diperlukan untuk memastikan pembelajaran yang kondusif. 

“Selain itu, kita turut memastikan pelantikan guru-guru yang terlatih dan berkelayakan, yang mampu menyampaikan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan berkesan. 

“Guru-guru ini dilatih untuk menguruskan pembelajaran yang berfokuskan pembangunan kognitif, emosi, dan sosial kanak-kanak, bagi mempersiapkan mereka dengan asas yang kukuh sebelum memasuki alam persekolahan formal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya