12 mangsa banjir dipindahkan di Kota Tinggi 

12 mangsa banjir dipindahkan di Kota Tinggi 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seramai 12 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Kampung Baru Sungai Mas, di sini susulan hujan lebat awal pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi memaklumkan, PPS berkenaan dibuka pada pukul 11 pagi.

“Kawasan berkenaan memang ‘hotspot’ banjir yang berpunca disebabkan hujan lebat berterusan dari pukul 1.30 pagi hingga 3 pagi. 

“Keadaan cuaca juga kini masih hujan. Sementara itu, trend air pula masih sama, tidak menunjukkan penurunan, ” katanya. 

Pemantauan dari semasa ke semasa diteruskan oleh pihak bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan penduduk sepanjang proses pemindahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya