Zulkifli dilantik SUK Terengganu baharu

Zulkifli dilantik SUK Terengganu baharu

ZULKIFLI Ali mengimbas jari perakam waktu bagi memulakan tugas hari pertama sebagai SUK Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Datuk Zulkifli Ali dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Zulkifli, 59, yang mempunyai pengalaman luas selama 33 tahun dalam perkhidmatan awam  menggantikan penyandangnya, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Zulkifli berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perniagaan Tani), Universiti Putra Malaysia (UPM) pernah bertugas di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu, Pejabat Sultan Terengganu dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turut menyampaikan ucapan terima kasih bagi pihak kerajaan negeri atas jasa baik dan sumbangan Tengku Farok Hussin sepanjang perkhidmatannya selama ini.

“Persaraan bukanlah satu noktah, tetapi permulaan kepada babak baharu dalam kehidupan.

“Terima kasih atas jasa sepanjang menjalankan tugas sebagai pegawai kerajaan bermula dari awal sehingga khidmat terakhir Tengku Farok menjawat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya