Zehra Zambri, hit Semalakama dan GV11 - Utusan Malaysia

Zehra Zambri, hit Semalakama dan GV11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

APABILA saya mendengar dan meneliti kesemua diskografi penyanyi, Zehra Zambri menerusi dua album penuh Zehra Zambri dan Mari Bersama, sebenarnya, masih banyak lagu berpotensi menjadi teraju atau dorongan untuk Zehra terus istiqamah dalam lapangan muzik negara.

Walaupun tidak banyak lagu komersial berkiblatkan etnik kreatif dan irama tradisional Melayu dirakam Zehra, namun, saya bangga kerana setidak-tidaknya, Zehra antara penggerak aliran irama secara komersial bermula dengan hit Semalakama sehingga lahirnya Suryakanta dan Tari Sahara.

Di usia muda, julat vokalnya begitu lantang, nyaring (di sudut yang baik) dan setiap sebutannya bulat dan jelas.

Namun, menyusun aturan hidup Zehra sebagai penyanyi yang konsisten itu tidaklah mudah. Dia pasti ada alasan tersendiri mengapa lagu-lagunya banyak yang gagal menempatkan diri dalam pasaran massa.

Kecuali, Semalakama ciptaan Allahyarham Pak Ngah dan Che Kem, yang berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-21 2006 dan menjadi satu-satunya kejayaan komersial Zehra selama ini.

Andai Semalakama itu tidak diberi Pak Ngah kepada Zehra sebagai karya awal di persada muzik Malaysia, saya tidak dapat menduga, apakah masih ada ruang untuk dia berkongsi bakatnya?

Pun begitu, jika Zehra masih percaya dengan mempertaruh irama tradisional Malaysia sebagai asas perniagaan muziknya, saya tidak berfikir dia boleh pergi jauh, kerana era kegemilangan lagu-lagu etnik kreatif sudah berlalu dan dia harus menetapkan semula apakah corak pop paling sesuai untuk dijual pada masa kini?

Untuk ‘keluar’ daripada bayangan Semalakama itu, saya bawa kepada pembaca dan imbau kembali untaian lagu-lagu Zehra yang kurang diberi perhatian dalam album popnya.

Saya percaya, kesemua lagu ini mempunyai standard pop tersendiri jika pendengar membuka mata, hati dan telinga menerima produk Zehra, sama seperti mana kita menerima lagu-lagu daripada penyanyi lain.

Di Gegar Vaganza 11 (GV11) bermula malam ini, kehadiran Zehra sebagai salah seorang peserta yang bertanding, kelayakan tidak boleh dinafikan, pastinya dia mengubati kerinduan pendengar-pendengar yang sudah lama tidak menyaksikan dia berentap di pentas-pentas nyanyian seperti dahulu.

PERCINTAAN DALAM TANGISAN (2005)

Lagu paling menarik pendengaran saya adalah di trek pertama album sulungnya itu, Percintaan Dalam Tangisan. Ia digubah dan liriknya ditulis maestro muzik terkenal, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan.

Lagu ini dihasilkan dalam bunyi yang sentimental dan galau. Lebih menarik terdapat suara latar mengiringi nyanyi Zehra di minit 1.27, 1.38, 1.48, 2.00, 2.18, 3.05, 3.14, 3.25, 3.36, 3.47, 4.01 yang mewujudkan bunyi harmoni sehingga ke penamatnya.

TAK BERUBAH (2005)

Ajai dan penulis liriknya, Musrad juga memberi jiwa kepada Tak Berubah. Walaupun tidak banyak perbezaan dengan lagu-lagu pop Zehra yang lain, namun lagu ini sepatutnya menjadi antara single potensi Zehra.

PUITIS SEKEPING HATI (2006)

Puitis Sekeping Hati adalah karya cipta Sharon Paul dan lirik tulisan Ahmad Fedtri Yahya. Seperti judul lagunya, liriknya dipersembah dalam tulisan yang benar-benar puitis dan bermadah.
Dengan alunan melodi yang bergerak seiringan, Zehra juga mempunyai sebutan yang sangat jelas pada setiap perkataan dilontarkan.

SURYAKANTA (2007)

Jika Semalakama itu menjadi karya Zehra yang benar-benar cemerlang dan dibanggakan, begitulah yang saya harapkan untuk satu lagi lagu etnik berjudul Suryakanta (Khilaf Pandangan) menampilkan Ihab Ismail, ciptaan Sharon dan lirik oleh Ahmad Fedtri.

Walaupun saya merasakan Suryakanta antara karya yang baik sehingga lagu ini mara ke Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-22 (SAMM22) pada 2007, tetapi ia gagal ke AJL 22 bagi kategori Etnik

Kreatif. Sukar sekali mendengar Suryakanta versi rakaman studio kerana persembahan Zehra hanya boleh disaksikan semasa SAMM ke-22.

TARI SAHARA (2009)

Terus setia mempersembah karya Sharon dan Ahmad Fedtri, Tari Sahara yang mengambil elemen Timur Tengah seperti Suryakanta antara yang kegemaran saya. Tetapi, lagu ini hanya sempat ke pencalonan Muzik-Muzik ke-24.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya