Zaini juara boling individu Masjid An-Nur

Zaini juara boling individu Masjid An-Nur

ABDUL Halim Tamuri (dua dari kiri) menyampaikan piala pusingan kepada Zaini Zainal yang menjuarai kategori individu dalam Kejohanan Boling Masjid An-Nur Kali Kedua 2024, Sabtu lalu. Hadir sama, Hamzah Mohd. Amin (kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kegiatan sukan selain boleh menyihatkan minda dan tubuh, ia juga boleh memupuk semangat berpasukan dan ukhuwah dalam kalangan sesama ahli masyarakat. 

Bagi yang tinggal di bandar-bandar besar adakalanya jarang dapat berinteraksi dengan jiran tetangga kerana kesibukan sibuk. Ini tidak termasuk banyak masa yang dihabiskan di atas jalan raya akibat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dalam perjalanan pergi dan balik bekerja.

Untuk itu, Masjid An-Nur (MAN), Saujana Utama, Sungai Buloh di Selangor mengambil inisiatif menganjurkan Kejohanan Boling MAN Kali Kedua Tahun 2024. Ia berlangsung di sebuah pusat boling di Shah Alam, baru-baru ini.

 

PARA peserta merakam kenangan bersama piala pusingan selepas tamat kejohanan boling anjuran Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh di sebuah pusat boling di Shah Alam, Selangor kelmarin.

Program yang bermula pukul 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Dr. Abdul Halim Tamuri yang turut membuat balingan pertama sebagai simbolik merasmikan acara.

Beliau turut menyarankan pengurusan masjid yang lain mencontohi inisiatif yang dilakukan oleh MAN menganjurkan aktiviti sukan bagi meningkatkan ukhuwah dalam kalangan penduduk.

“Semoga kejohanan ini dapat menjadi platform untuk meningkatkan semangat kerjasama dan menyuburkan ukhuwah sesama kita.

“Ingat, menang kalah bukanlah segala-galanya tetapi keberkatan dan silaturahim yang terbina adalah hadiah paling berharga. Sebab bukan senang kita nak kumpulkan ahli kariah dalam jumlah hampir 100 orang dalam satu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Boling Masjid An-Nur, Saujana Utama kali kedua di sini, kalmarin. Hadir sama, Nazir Masjid An-Nur, Hamzah Mohd Amin dan Pengarah Projek. Hairol Anuar Musa.

ABDUL Halim Tamuri (dua dari kiri) menyuerahkan Piala Pusingan kepada pasukan 26 yang menjuarai kategori berpasukan dalam Kejohanan Boling Masjid An-Nur Kali Kedua Tahun 2024 di Shah Alam, baru-baru ini.

Pada kejohanan yang disertai 78 pemain itu, johan bagi kategori berkumpulan dimenangi oleh Mohamad Fadzil Abdul Khair, Wan Mohd. Ridzwan Wan Idris dan Mohd. Nazif Tahir dari pasukan 26 membuat 1,450 jatuhan pin keseluruhan dalam tiga frame sekali gus membolehkan mereka membawa pulang piala pusingan.

Bagi kategori jatuhan pin individu terbanyak pula, ia dimenangi oleh Zaini Zainal dengan jumlah keseluruhan jatuhan 547 pin manakala Mohd. Nazif muncul johan bagi kategori jatuhan pin terbanyak iaitu 203 dalam satu frame.

Para pemenang membawa pulang Piala Pusingan , medal dan wang tunai manakala semua peserta turut menerima medal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN