Yadim tolak gesaan letak jawatan, jejaskan kredibiliti institusi agama

Yadim tolak gesaan letak jawatan, jejaskan kredibiliti institusi agama

Hasanuddin Mohd. Yunus
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menolak sebarang gesaan tidak berasas untuk menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar hanya atas perbezaan pandangan susulan isu Rang Undang Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024.

Yang Dipertuanya,  Datuk Hasanuddin Mohd. Yunos berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja tidak konstruktif, malah berpotensi menjejaskan kredibiliti institusi agama dalam membimbing masyarakat Islam dengan lebih jelas dan adil.

Dalam hal ini, Yadim menyeru semua pihak agar mengekalkan sikap berlapang dada dan mengamalkan prinsip Adab al-Ikhtilaf dalam berbeza pandangan demi memastikan keharmonian dalam kalangan masyarakat Islam terus terjaga.

“Pendekatan gopoh dalam mengutarakan desakan tidak membawa sebarang manfaat dan sepatutnya dielakkan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau perpecahan yang tidak diperlukan.

“Yadim melihat usul sebegini bukan sahaja mengabaikan rasa hormat terhadap kepimpinan agama, malah boleh mencemarkan institusi agama yang sekian lama menjadi rujukan utama umat Islam dalam mengekalkan keharmonian Masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hasanuddin, dalam kedudukan sebagai Menteri, Mohd Na’im memiliki pengalaman luas dalam bidang kehakiman, yang menjadi asas kukuh dalam pentadbiran beliau di peringkat kementerian.

Katanya, pengalaman beliau ini bukan sahaja memberi perspektif menyeluruh mengenai undang-undang syariah, malah memperkukuh peranan beliau dalam menegakkan keadilan berlandaskan prinsip Islam.

“Gabungan latar belakang kehakiman dan kepimpinan agama menjadikan beliau pemimpin yang berwibawa dalam mengimbangi dasar kerajaan dan tuntutan agama.

“Di samping itu, kedudukan beliau sebagai anggota Kabinet yang kekal mempertahankan dasar kerajaan dan peranan melaksanakan keputusan Majlis Raja-Raja Melayu melalui Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) adalah bukti komitmen beliau dalam memperkukuhkan institusi agama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya