Saya kehilangan sahabat yang bersama berjuang - Dr. Mahathir

Saya kehilangan sahabat yang bersama saya berjuang – Dr. Mahathir

GAMBAR fail yang dirakam pada 22 Januari 1998 memaparkan Dr. Mahathir Mohamad bersama Daim Zainuddin dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya kehilangan sahabat yang bersama saya berjuang untuk bangsa, negara dan agama,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir meluahkan rasa sedih yang tidak terhingga susulan pemergian sahabatnya, Tun Daim Zainuddin yang menghembuskan nafas terakhir pagi ini.

Bekas perdana menteri itu juga berkata, Daim sepatutnya disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan.

Dr Mahathir meluahkan perasaan kecewa bagaimana Daim dilayan pada akhir kehidupannya.

“Ya Allah. Adililah Daim berasaskan keadilan.

“Berikanlah tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa. Saya hanya mampu berdoa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu. Amin, Ya Rabbal Alamin,” kata Dr Mahathir menitipkan doa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Terdahulu, Daim yang pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan di era pemerintahan Dr. Mahathir, disahkan meninggal dunia di Hospital Assunta.

Difahamkan, veteran politik dan ahli perniagaan itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital tersebut pada minggu lalu susulan serangan strok. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN