Wujudkan mekanisme semak dan imbang dalam MyCC

Wujudkan mekanisme semak dan imbang dalam MyCC

JALALUDDIN Alias
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) disifatkan sebagai draconian kerana tidak mempunyai sebarang mekanisme semak dan imbang.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, MyCC dilihat sedemikian kerana keseluruhan siasatan, keputusan dan ayuan atau representasi akan dibuat oleh suruhanjaya itu sendiri, malah MyCC sering membuat kenyataan media terhadap cadangan keputusan yang mana bukan lagi dianggap sebagai satu kesalahan.

Katanya, MyCC seharusnya mempunyai mekanisme semak dan imbang seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menubuhkan lembaga penasihat dan jawatankuasa melalui peruntukan undang-undang.

“Bagaimana pula dengan MYCC? Siapa yang memantau dan menjadi semak imbang terhadap sebarang siasatan dan Keputusan yang dibuat oleh MYCC?  

“Adakah pihak kementerian dirujuk terlebih dahulu sebelum sebarang Keputusan dibuat? Saya merasakan perlu wujud semak imbang yang lebih baik dan lebih jelas untuk MyCC dalam melaksanakan fungsi-fungsinya,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Peringkat Jawatankuasa Bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 bagi Kementerian perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup (KPDN).

Mengulas lanjut, Jalaluddin berkata, MyCC menggalas tanggungjawab yang sukar iaitu berhadapan dengan kartel yang mengawal rantaian bekalan barangan di pasaran.

“Saya mohon menteri, senaraikan apakah sucapakah kejayaan MyCC dalam menyelesaikan isu kartel yang membelenggu pasaran negara sejak puluhan tahun lalu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya