Warga emas korban pertama banjir di Terengganu - Utusan Malaysia

Warga emas korban pertama banjir di Terengganu

MOHD. Khairi Khairudin (kiri) meninjau kawasan banjir di Kampung Padang Luas, Besut, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Polis mengesahkan warga emas yang ditemukan lemas selepas keluar memukat ikan di kawasan sawah di Kampung Amir, di sini, hari ini, merupakan korban pertama banjir di negeri ini, tahun ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, mangsa, mayat mangsa, Tuan Jusoh Tuan Hassan, 66, menjadi mangsa korban pertama banjir kerana kawasan kejadian ditenggelami banjir.

Menurutnya, lelaki itu ditemukan oleh anggota pasukan penyelamat kira-kira pukul 10.10 pagi.

Katanya, mangsa dipercayai keluar memukat ikan bersama tiga rakannya sebelum dilaporkan hilang.

“Mangsa berjaya dijumpa oleh pasukan penyelamat di dasar sawah sedalam tiga meter di lokasi kejadian, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau kawasan banjir di Kampung Padang Luas di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohd. Khairi berkata, polis turut menasihatkan masyarakat terutama penduduk yang berada di kawasan rendah untuk segera berpindah ke pusat pemindahan yang telah diwartakan.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan tidak pergi ke lokasi yang terdedah kepada berlakunya lemas di tepi-tepi sungai atau di kawasan yang dalam bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Kita tak jangka berapa dalam (kawasan dinaiki air sehingga) boleh menyebabkan jumlah mangsa yang meninggal akan meningkat,” ujarnya.

Beliau memberitahu, setakat ini, hanya Balai Polis Kuala Jengal di Dungun dan Pondok Polis Tenang di Besut dinaiki air sedalam 0.3 meter.

Bagaimanapun, katanya, operasi di kedua-dua premis masih berjalan setelah peralatan dan kelengkapan penugasan dipindahkan ke tempat selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya