Warga asing korek mata lelaki tempatan direman empat hari

Warga asing korek mata lelaki tempatan direman empat hari

PANGSAPURI yang dikenali Flat Rethina di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dikatakan menjadi lokasi pergaduhan seorang lelaki tempatan dengan warga asing sehingga menyebabkan bebola mata kiri mangsa dikorek dalam pergaduhan tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR : Seorang lelaki warga asing yang dipercayai mengorek keluar bebola mata seorang lelaki tempatan dalam pergaduhan berhampiran Flat Rathina, Tasek Gelugor di sini semalam, direman empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, suspek direman sehingga Rabu ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Suspek berusia 30-an itu ditahan oleh anggota dari Cawa­ngan Pencegahan Jenayah Balai Polis Tasek Gelugor sejurus selepas kejadian tersebut.

“Keterangan mangsa bagai­manapun tidak dapat dirakam kerana sedang menjalani pembedahan mata di Hospital Pulau Pinang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Norhaslinda Rahmat di talian 04- 576 2222 (sambungan 2244) atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, seorang lelaki tempatan kehilangan bebola mata kiri­nya akibat dikorek seorang warga asing dalam satu pergaduhan berhampiran sebuah pangsapuri di Jalan Ara Kuda.

Dalam kejadian kira-kira pu­kul 2 petang itu, mang­sa berusia 52 tahun yang di­per­cayai mabuk dikatakan mengganggu suspek sehingga menyebabkan lelaki itu naik angin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya