Warga asing korek mata lelaki tempatan direman empat hari

Warga asing korek mata lelaki tempatan direman empat hari

SEORANG lelaki tempatan kehilangan bebola mata kirinya akibat dikorek oleh seorang warga asing dalam satu pergaduhan berhampiran sebuah pangsapuri di Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR : Lelaki warga asing yang dipercayai mengorek keluar bebola mata seorang lelaki tempatan dalam pergaduhan berhampiran Flat Rathina, Tasek Gelugor di sini semalam telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, suspek direman bermula hari ini sehingga Rabu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Suspek berusia 30-an itu ditahan oleh anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Tasek Gelugor sejurus kejadian tersebut. 

“Keterangan mangsa bagaimanapun tidak dapat dirakam kerana sedang menjalani pembedahan mata di Hospital Pulau Pinang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Norhaslinda Rahmat di talian 04- 576 2222 (sambungan 2244) atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, seorang lelaki tempatan kehilangan bebola mata kirinya akibat dikorek oleh seorang warga asing dalam satu pergaduhan berhampiran sebuah pangsapuri di Jalan Ara Kuda di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa berusia 52 tahun yang dipercayai mabuk dikatakan telah mengganggu suspek sehingga menyebabkan lelaki itu naik angin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya