Warga asing korek mata lelaki tempatan dalam pergaduhan

Warga asing korek mata lelaki tempatan dalam pergaduhan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR : Seorang lelaki warga tempatan kehilangan bebola mata kirinya akibat dikorek oleh seorang lelaki warga asing dalam satu pergaduhan berhampiran sebuah pangsapuri di Jalan Ara Kuda di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa yang berusia 52 tahun dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan cuba untuk mengganggu suspek.

Difahamkan, suspek yang berusia 28 tahun itu bertindak mengorek mata kiri mangsa dengan menggunakan tangannya sahaja.

Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan suspek di lokasi kejadian manakala mangsa pula terpaksa dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk menerima rawatan lanjut.

Difahamkan juga, bebola mata kiri mangsa turut dijumpai tidak jauh dari lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya