PETALING JAYA: Satu panggilan kecemasan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur bagi membawa turun mayat seorang wanita warga Vietnam yang ditemukan terjatuh dari tingkat 24 sebuah residensi di Jalan Jalil 2, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
Panggilan kecemasan itu diterima Pusat Gerakan Operasi (PGO) pada pukul 6.53 pagi.
Komander Operasi, Rosmawi Ismail berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya menemukan mayat wanita berusia 30 tahun.
“Mangsa percayai terjun dari tingkat 24, kemudian tersangkut di gondola tingkat tujuh bangunan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pasukan bomba berjaya membawa turun mayat wanita berkenaan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN