Wanita warga emas diacu pisau, rugi RM2,000

Wanita warga emas diacu pisau, rugi RM2,000

KETUA Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila diacukan sebilah pisau oleh penyamun  yang memasuki rumahnya di Taman Kota Masai, di sini tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian pukul 12.57 tengah malam itu, mangsa berusia 79 tahun itu berada seorang diri di rumah.

“Ketika kejadian, seorang lelaki tidak dikenali telah masuk ke dalam rumah dan meletakkan sebilah pisau di leher mangsa serta memintanya menyerahkan barang berharga. Mangsa dianggarkan mengalami kerugian RM2,000 dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya mengesan dan memberkas suspek pada pukul 4.30 pagi semalam serta merampas telefon bimbit, sebuah tablet milik mangsa, sebilah pisau dan beg galas.

“Hasil ujian urin yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya sambil memberitahu suspek turut mempunyai 15 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Suspek kini direman tujuh hari sehingga 18 November ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya