Wanita warga asing maut terjatuh bangunan residensi 

Wanita warga asing maut terjatuh bangunan residensi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita warga asing maut selepas terjatuh dari bangunan residensi bersebelahan pusat beli-belah Pavilion di Jalan Bukit Bintang, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.57 pagi itu, bomba menerima panggilan kecemasan sebelum menghantar sepasukan anggota ke tempat kejadian.

Komander Operasi JBPM, Md Fuad Selamat berkata, seramai 16 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dibantu BBP Jalan Hang Tuah ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, setibanya di lokasi kejadian, seorang wanita terjatuh di atas bumbung bangunan dari tingkat yang tidak diketahui.

“Mangsa kemudian dikeluarkan pada 7.48 pagi dengan bantuan skylift pihak bangunan sebelum anggota bomba menurunkan mangsa ke bawah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa bagaimana disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya