Wanita rempuh 3 penuntut UiTM masih dirawat di Hospital Permai

Wanita rempuh 3 penuntut UiTM masih dirawat di Hospital Permai

NORIZAN Ismail berdepan tiga pertuduhan membunuh penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang pemandu wanita yang berdepan dengan tiga pertuduhan membunuh penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun masih ditempatkan di Hospital Permai, Johor Bahru kerana laporan psikiatrinya belum siap.

Timbalan Pendakwa Raya, Azizan Abdullah yang juga Pe­ngarah Pendakwaan negeri ke­­tika sebutan semula kes itu ber­kata, pihaknya menerima per­­mohonan pengurusan hospital melanjutkan rawatan tertu­duh, Norizan Ismail, 49, sementara menunggu laporan perubatan.

“Tertuduh sebelum ini tidak pernah mempunyai rekod menjalani rawatan psikiatri, jadi pihak hospital memohon satu perintah penahanan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah dilanjutkan untuk menyiapkan laporan penuh kesihatan mentalnya,” katanya ketika prosiding sebutan semula kes itu, semalam.

Majistret Nur Amira Fatihah Osman kemudian menetapkan 17 Disember ini sebagai sebutan semula kes tersebut.

Pada 15 Oktober lalu, ibu kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 302 yang menyebabkan kematian terhadap Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Pantai, hadapan UiTM Kampus Dungun di sini pada 9 Oktober lalu, pukul 7.35 malam.

Dalam kejadian itu, tertuduh yang memandu ken­deraan uti­liti sukan (SUV) jenis Honda CRV didakwa merempuh dua motosikal dinaiki empat pelajar yang dalam perjalanan pulang ke kampus selepas menyertai aktiviti riadah dan makan malam.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, mengalami kecederaan.

Pada prosiding sebutan semula kes, tertuduh yang tidak dibawa ke mahkamah diwakili Peguam Norhabibah Norulalzahar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya