Wanita maut dihempap kontena jatuh dari treler

Wanita maut dihempap kontena jatuh dari treler

KEADAAN kemalangan yang meragut satu nyawa manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan lima buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. - UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera selepas kereta mereka dihempap sebuah kontena yang terjatuh dari treler dalam kemalangan ngeri melibatkan lima buah ken­deraan di Bukit Tengah di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 9.16 pagi itu, Lee Zi Rou, 21, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Nor Azamuddin Abdullah ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan pukul 9.31 pagi.

“Terdapat dua mangsa tersepit dalam kenderaan masing-masing akibat dihempap kontena yang terjatuh dari sebuah lori.

“Pemandu kereta jenis Honda Jazz yang tersepit di bahagian pemandu dikeluarkan oleh orang awam sebelum tiba pasukan bomba di lokasi.

“Mangsa kedua iaitu pemandu kereta Perodua Bezza disahkan me­ninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan,” katanya, semalam.

Menurutnya, mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas manakala kerja- kerja mengalihkan kontena turut dibantu menggunakan dua buah kren.

Terdahulu, tular insiden berkenaan yang dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah daripada kenderaan yang melalui laluan terbabit.

Rakaman itu menunjukkan treler itu dari arah bertentangan membelok tajam menyebabkan muatan kontena yang dibawa terjatuh lalu menghempap deretan kenderaan yang berhenti di lampu isyarat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya