Wanita hamil tertekan diburu ah long cuba terjun sungai - Utusan Malaysia

Wanita hamil tertekan diburu ah long cuba terjun sungai

SEORANG wanita hamil yang cuba terjun Sungai Perak diselamatkan orang awam dalam kejadian di Dataran JPS, Teluk Intan hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang wanita hamil yang cuba untuk membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Perak di Dataran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di sini hari ini berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Wanita hami tiga bulan berusia 38 tahun itu dikatakan bertindak demikian ekoran tekanan perasaan yang dialami akibat diganggu sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ah long.

Difahamkan, wanita itu telah dipaksa oleh sindiket tersebut untuk membuat pembayaran kira-kira RM4,000 meskipun dia mendakwa tidak pernah membuat sebarang pinjaman.

Gangguan menerusi panggilan telefon oleh sindiket berkenaan bukan sahaja ke atas mangsa, malah melibatkan ahli keluarga lain.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, tindakan nekad wanita itu disedari orang awam yang terus menghubungi bomba untuk bantuan pada pukul 9.04 pagi.

Katanya, ketika anggota tiba di lokasi, didapati mangsa berada dalam keadaan tertekan dan menangis.

“Mangsa cuba untuk terjun ke sungai semula namun kita cuba tenangkan wanita terbabit yang ketika itu dalam keadaan meronta-ronta dan menangis

“Selepas lebih sejam memujuk dan menasihati mangsa sehingga dia mulai tenang, kita serahkan wanita itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 10.28 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya